Effact mekap

Effact mekap
Rm150 sekali mekap

mekap effect ganas

mekap effect ganas
BUAH CEMPEDAK DILUAR PAGAR, AMBIL GALAH TOLONG JOLOKKAN, SAYA TERUNA BARU BELAJAR , JIKALAU SALAH GUNA TOLONG TUNJUKKAN...HEHE

Monday 24 September 2012

K E S E N I A N MELAYU

K E S E N I A N MELAYU



K E S E N I A N

Kesenian atau seni boleh dibahagikan kepada 4 bahagian iaitu :
  • Seni Suara
  • Seni Gerak
  • Seni Rupa
  • Permainan Tradisional
Menurut Kamus Dewan ,Seni didefinisikan sebagai karya (sajak, lukisan, muzik, dll) yang dicipta dengan bakat (kecekapan), hasil daripada sesuatu ciptaan.
Manakala kesenian bermaksud perihal seni, yang berkaitan dengan seni, keindahan (kehalusan).
Kesenian ini menjadi tunjang kepada kebudayaan masyarakat Melayu sejak turun temurun lagi. Dengan adanya kesenian seperti ini identiti masyarakat Melayu lebih terserlah dan dikenali ramai.
Kementerian Kebudanyaan dan Kesenian telah mengambil pebagai inisiatif bagi memantapkan dan memperkembangkan lagi kebudayaan masyarakat Melayu. Kesenian bangsa Melayu telah diakui dunia sebagai unik dan menarik.

SENI SUARA

Kesenian mengikut definisi Herberth Read adalah suatu usaha untuk mencipta bentuk-bentuk yang menyenangkan dan seni itu dijalankan pula daripada estetika.
Dalam seni suara kesenian Melayu dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu :
  • Seni Vokal
Seni Vokal lahir daripada pita suara yang boleh memberi kepuasan kepada pendengar. Setiap seni vokal itu berbeza mengikut masyarakat. Dalam masyarakat Melayu terdapat seni vokal tanpa muzik dan seni vokal yang bergabung dengan muzik.
Seni Vokal tanpa muzik yang sering dinyanyikan dalam masyarakat Melayu ialah :
<!--[if !supportLists]-->a. <!--[endif]-->Endoi atau dendang Siti Fatimah dan ulit anak
Endoi atau dendang Siti Fatimah terkenal di negerii Perak, Selangor dan Negeri Sembilan manakala ulit anak dinegeri Terengganu. Biasanya dilagukan dalam upacara berbentuk keislaman seperti menyambut kelahiran anak atau upacara bercukur kepala.
<!--[if !supportLists]-->b. <!--[endif]-->Nazam atau naban
Berasal daripada Terengganu, Pahang dan Melaka. Dikarang dalam Bahasa Melayu yang mengisahkan riwayat Nabi Muhamad, para Nabi Allah dan para sahabat Rasul. Persembahan yang tidak disertai alat muzik ini memerlukan kemerduan suara.
<!--[if !supportLists]-->c. <!--[endif]-->Marhaban, nasyid dan qasidah
Merupakan nyanyian keagamaan. Marhaban ialah pujian kepada Nabi Muhamad dan dinyanyikan dalam Bahasa Arab. Nasyid ialah nyanyian dan berbentuk dakwah Islam iaitu terdapat dalam senikata Arab dan Melayu. Qasidah biasanya dinyanyikan dalam bahasa Arab yang mengandungi puisi memuji Nabi Muhamad dan para sahabat.
  • Lagu yang digabungkan dengan muzik
<!--[if !supportLists]-->a. <!--[endif]-->Dikir
Dikir dikenali dengan pelbagai nama seperti dikir maulud, dikir Pahang, dikir Rebana dan dikir berarak. Dikir-dikir ini dilagukan dengan iringan pukulan rebana atau kompang.
<!--[if !supportLists]-->b. <!--[endif]-->Hadrah
Sejenis nyanyian yang berasal daripada dikir. Dinyanyikan dengan iringan sejenis alat bercorak rebana yang hampir sama dengan kompang.
<!--[if !supportLists]-->c. <!--[endif]-->Beduan
Sejenis naynyian rakyat negeri Perlis dan diringi dengan bunyi-bunyian gendang. Beduan mempunyai persamaan dengan bentuk zikir dan burdah yang diringi dengan pukulan rebana.
<!--[if !supportLists]-->d. <!--[endif]-->Dikir barat
Sejenis nyayian yang terkenal dinegeri Kelantan. Nyanyiannya diringan dengan pukulan rebana.
<!--[if !supportLists]-->e. <!--[endif]-->Ghazal
Sejenis puisi Arab yang berbentuk percintaan. Ghazal dinyanyiakan dengan iringan alat seperti syeringgi, sitar, harmonium dan tabla.

  • Seni Muzik
Menurut Kamus Dewan Muzik didefinisikan sebagai gubahan bunyi yang menghasilkan bentuk dan irama yang indah dan menyenangkan, bunyi-bunyian.
Muzik adalah satu daya tarikan kepada manusia. Ahli-ahli falsafah berpendapat bahawa setiap manusia mempunyai minat terhadap muzik. Keadaan ini jelas dilihat kepada reaksi manusia terhadap bunyi-bunyian yang sudah menjadi kegemaran sejak manusia dilahirkan. Muzik sebenarnya tidak dapat dilihat dan dinikmati dengan pancaindera penglihatan, tetapi dirasai dengan hati atau perasaan.

  • Muzik Tradisi Warisan Istana
Dalam masyarakat terdapat dua kelompok masyarakat iaitu :
  • Tradisi tinggi (great tradition)
  • Tradisi rendah (little tardition)
Kumpulan masyarakat tradisi tinggi terdiri daripada golongan bangsawan yang merupakan golongan kelas pemerintah yang menjadikan istana sebagai pusat kebudayaan.
Raja-raja menubuhkan kumpulan-kumpulan muzik diistana dan latihan dianjurkan untuk meningkatkan mutu persembahannya. Muzik nobat menjadi satu pasukan muzik istana sejak abab ke 15 lagi. Muzik ini dimainkan dalam upacara pertabalan, kematian raja dan upacara mengadap oleh para pembesar di hadapan balairung. Selain nobat muzik yang berkembang melalui tradisi istana di Malaysia ialah gamelan. Gamelan yang terkenal diTanah Melayu berasal dari kerajaa Riau-Lingga dan Johor. Alat-alat muzik yang digunakan dalam gamelan termasuklah saron, bonang, kerompong, gendang dan gong.

  • Tradisi Muzik Rakyat
Disamping tradisi tinggi yang berpusat diistana, terdapat pula tradisi rendah dikalangan rakyat biasa yang terdir daripada kaum petani dan nelayan. Perkembangan seni muzik diperingkat masyarakat tradisi rendah lahir daripada minat anggota masyarakat itu sendiri. Sebahagian daripada mereka mewarisi keahlian bermain alat-alat muzik itu daripada keluarganya. Alat-alat muzik ini diperbuat daripada bahan-bahan yang diperolehi disekeliling mereka seperti buluh, kayu, kulit binatang dan lain-lain. Muzik rebana merupakan sejenis alat muzik yang berkembang dalam masyarakat Melayu tradisional. Rebana dimainkan dalam persembahan yang berunsur keislaman seperti dikir, ratib, nazam, hadrah, rodat, maulut dan lain-lain.

  • Tradisi Muzik Melayu yang lain
Tradisi muzik melayu yang lain seperti muzik makyong dan gendang keling diwarisi dari zaman praislam.Gendang keling dan Mek Mulung di Kedah dan Perlis menggunakan alat muzik seperti Gong, rebab, gendang dan serunai. Di samping berbagai – bagai jenis muzik yang dinyatakan ,muzik wayang kulit, kuda kepang dan ghazal juga merupakan muzik melayu tradisional dari zaman silam. Muzik wayang kulit mengandungi alat muzik seperti gamelan dan mempunyai hubungan dengan tradisi dan kepercayaan masyarakat pribumi. Ghazal pula berasal dari pengaruh Arab Parsi , yang dibawa melalui India sebelum berkembang di alam melayu. Muzik melayu asli ialah muzik yang menyertai tarian ronggeng atau joget yang mempunyai hubungan dengan dongdang sayang yang berkembang di Melaka dan canggung di Perlis. Dalam Tarian kuda kepang pula terdapat alat – alat muzik paluan yang dibunyikan mengikut rentak kuda berlari. Tarian kuda kepang ini berkembang di Johor di kalangan masyarakat melayu keturunan Jawa.

SENI GERAK

Seni gerak mengandungi segala gerakan tubuh badan yang mempunyai unsur – unsur keindahan . Seni ini dapat dilihat pada gerakan tangan , kaki , badan , mata dan anggota badan yang lain. seni gerak orang melayu dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu seni tari dan seni drama.

SENI TARI

Seorang ahli sejarah tarian dan muzik Jerman bernama C. Sachs telah memberikan definisi seni tari sebagai gerakan yang berirama. Seni tari adalah pengucapan jiwa manusia melalui gerak – geri berirama yang indah. Dalam kebudayaan melayu terdapat berbagai – bagai jenis tarian , sama ada tarian asli ataupun tarian yang telah dipengaruhi oleh unsur – unsur moden. Menurut Jaafar Mampak, tarian melayu asli terbahagi kepada dua jenis. Pertama , tarian yang bercorak lemah lembut seperti tarian mak inang dan siti payung. Kedua , tarian rancak yang merupakan hasil daripada pengaruh tarian Portugis seperti tarian Ronggeng , Serampang Laut dan Singapura Dua.

Seni tari boleh dikategorikan dalam berbagai – bagai jenis. Antara pembahagian yang boleh dibuat terhadap seni tari melayu adalah seperti berikut :
<!--[if !supportLists]-->1. <!--[endif]-->Tarian – tarian yang bercorak seni tari istana yang dipersembahkan pada waktu perkahwinan , pertabalan , istiadat menyembah dan sebagainya. Tarian – tarian ini termasuklah tarian siti payung , mak inang , asyik , gamelan dan sebagainya.
<!--[if !supportLists]-->2. <!--[endif]-->Tarian – tarian yang memperlihatkan wujudnya pengaruh Arab dan Parsi seperti tarian rodat , hadrah dan sebagainya.
<!--[if !supportLists]-->3. <!--[endif]-->Tarian rakyat seperti dondang sayang , ronggeng , joget dan sebagainya.
<!--[if !supportLists]-->4. <!--[endif]-->Tarian yang khusus ditarikan oleh kaum lelaki sahaja seperti tarian kuda kepang , tarian labi – labi , tarian berdayung dan sebagainya.

TARIAN ASLI
Tarian ini dicipta berdasarkan lagu – lagu melayu asli dengan mengikuti irama lagu – lagu melayu asli yang tertentu. Seni tari jenis ini ialah tarian yang dicipta daripada lagu Makan Sirih , Gunung Banang , Sapu Tangan , Asli Selendang , Bentan , Telani , Asli Abadi dan sebagainya.
TARIAN ASYIK
Tarian ini adalah sejenis tarian klasik dari daerah – daerah di Kelantan yang ditarikan di istana raja – raja Kelantan dan Patani. Asyik bererti kekasih , oleh itu tarian ini bersesuaian dengan gerak – geri bersifat lemah lembut dan penuh dengan ketertiban. Tarian ini dimulai dengan sepuluh orang penari masuk ke dewan tarian terlebih dahulu , lalu duduk bersimpuh dengan tertibnya. Kemudian tampillah Puteri Asyik dan mereka pun mula menari.Tarian asyik ini ditarikan dalam upacara perkahwinan dan pada malam berinai. Tiga alat muzik penting yang digunakan ialah rebab , gambang dan gedombak.

TARIAN AYAM DIDIK
Tarian ini dikatakan berasal daripada gerakan berlaga ayam, iaitu sejenis sukan yang diminati oleh orang Melayu pada masa lampau. Tarian ini dicipta oleh ahli tarian dinegeri Perlis. Tarian ini diringi dengan nyanyian lagu ayam didik.

TARIAN BALAI
Tarian ini berasal dari daerah-daerah dinegeri Terengganu. Tarian ini ditarikan oleh gadis-gadis kampung dalam bentuk simbolik seperti melakukan pekerjaan sawah. Penari-penari akan menari mengelilingi balai, iaitu sejenis payung panjang berwarna-warni yang diletakan dibawah gelanggang.

CANGGUNG
Kata tanggung berasal dari bahasa Thai yang bererti menari. Tarian Canggung berasal dari negeri Perlis dan menjadi popular di negeri Kedah, Perlis dan Pulau Pinang. Tarian ini dicipta oleh seorang ahli tarian dari Kangar selepas perang dunia kedua

TARIAN SITI WAU BULAN
Tarian ini berasal dari negeri Kelantan, ditarikan pada musim menuai sempena dengan temasya dan permainan wau.

TARIAN CINTA SAYANG
Tarian ini berasal dari yang menggambarkan keluarga nelayan. Tarian ini menunjukan bagaimana keluarga nelayan mengucapkan selamat jalan kepada para nelayan sebelum turun ke laut.

TARIAN DABUS
Tarian ini berasal dari negeri Perak dan mengandungi unsur keagamaan yang berkait dengan kepahlwanan Sayidina Ali.

TARIAN GAMBUS
Tarian ini berasal dari daerah Kuala Kangsar Perak. Tarian ini dikatakan telah dikenali didaerah ini sejak 50 tahun yang lalu, dipercayai berasal dari negeri Arab.

TARIAN INAI
Tarian ini adalah tarian istana yang ditarikan semasa majlis berkhatan anak pembesar-pembesar istana. Ianya dipersembahkan kepada kanak-kanak ini semasa mereka hendak dikhatankan dan duduk diatas pelamin.

TARIAN JOGET
Tarian ini diperngaruhi oleh kebudayaan Portugis dan dijadikan sebagai tarian sosial serta diterima oleg berbagai-bagai kaum di Malaysia.

TARIAN KUDA KEPANG
Tarian ini ialah tarian warisan budaya Jawa yang terpengaruh dengan islam. Ciri kejawaan itu jelas pada pakaian penari-penari dan unsur islam jelas semasa cerita itu ditarikan iaitu mengisahkan pepernagan Rasullollha dan para sahabat.

TARIAN MAK INANG
Pada zaman kesultanan Melayui Melaka, tarian mak inang sangat popular ditarikan pada hari-hari kerja kahwin tetapi kini ditarikan majlis-majlis sosial.
TARIAN ZAPIN
Tarian ini dikatakan berasal dari negeri Parsi . Ianya diringi dengan alat-alat muzik seperti dabus dan marwas. Pakaian yang digunakan ialah baju melayu.

  • DRAMA TRADISOANAL
Drama tradisional mengikut pendapat Amin Sweeney ialah karya drama yang dianggap oleh masyarakat yang mewarisinya sebagi hasil yang diwarisi secara turun temurun dari generasi yang lampau. Antara seni drama tradisinal yang popular dalam masyarakat melayu adalah seperti berikut :
MAIN PUTERI
Drama tradisinal ini berkembang dengan popular sekali didesa-desa dinegeri Kelantan. Drama ini digunakan untuk mengubati orang sakit. Tok Puteri memainkan peranan sebagai pawang atau bomoh untuk mengawal penyakit yang dibawa oleh roh-roh atau semangat jahat.
MAKYUNG
Makyung ialah drama tradisional yang popular dinegeri Kelantan. Drama ini berasal daripada ritual memuja roh datuk nenek. Permianan makyung ini dikatakan berasal dari negeri Patani.
MENORA
Menora ialah sejenis drama tradisioanal Melayu yang dikatakan dipengaruhi oleh seni darama Siam. Menora telah menjadi popular dinegeri Perlis, Kedah dan Kelantan.
WAYANG KULIT
Wayang kulit merupakan sejenis drama tradisoanl melayu yang terbahagi kepada beberapa jenis seperti wayang golek, wayang wang, wayang topeng dan wayang beber. Kini hanya wayang kulit yang masih kekal.

SENI RUPA

Seni rupa dalam masyarakat melayu meruapakan ciptaan yang megandungi unsur-unsur seni yang dihasilkan oleh orang melayu melalui ukiran, anyaman, tenunan, seni bina dan sebagainya.

SENI UKIR
Seni Ukir dalam masyarakat melayu mempunyai hubungan rapat dengan hasil-hasil kerja tangan yang dicipta melalui kepandaian mengukir. Ciri-ciri ukiran itu dihasilkan melalui ukiran timbul, ukiran terbenam, ukiran tebuk dan ukiran timbus.

SENI KRAFTANGAN
Seni kraftangan adalah hasil seni yang dicipta untuk digunakan, tetapi digubah dengan memasukkan unsur-unsur seni untuk memberi bentuk yang indah dan menarik hati. Penciptaan kraftangan itu memerlukan keahlian dan kecekapan dalam penggunaan bahan-bahan asas yang teratur sejak dari proses awal hinggalah sesuatu hasil kraftangan itu tercipta. Proses penciptaan kraftangan tersebut memerlukan daya estetika demi untuk memberikan rekabentuk yang indah dan menarik.
SENI TEMBIKAR
Seni tembikar merupakan sejenis hasil kraftangan orang melayu yang menggunakan tanah liat yang dibakar dan digilap. Reka bentuknya dicipta berdasarkan fungsi sesuatu barang itu seperti periuk nasi, bekas air, bekas mennyimpan makanan seperti jeruk, pekasam dan lain-lain. Perusahaan membuat tembiran secara tradisoanl ini masih dilakukanoleh orang melayu khususnya di Sayung, Perak.
SENI ANYAMAN
Menganyam meruapakn proses menjalin jaluran daun, lidi, rotan, akar, buluh dan beberapa jenis tumbuhan yang lain. Beberapa jenis reka bentuk kraftangan dihasilkan melalui nyaman demi untuk mencipta sesuatu alat keperluan harian contohnya mengahsilkan topi, tudung saji, bakul dan mengayam tikar untuk mengalas tempat duduk.
TEKATAN
Tekatan dikenali juga dengan nama suji dan merupakan sejenis seni kraftangan yang popular dalam masyarakat melayu. Tekatan menggunakan kain baldu sebagai kain dasar dan bentuk hiasannya mengambarkan rekabentuk bunga dan pohon – pohon. Tekatan digunakan untuk membuat kasut , kipas . muka bantal dan balutan tepak sirih. Hasil tekatan ini dibuat bagi tujuan upacara tertentu seperti dijadikan hiasan pada upacara perkahwinan , upacara berkhatan , pertabalan raja dan upacara – upacara kebesaran yang lain.
SENI TENUNAN
Seni tenunan terbahagi kepada tiga jenis iaitu tenunan biasa , tenunan ikat celup dan songket. Tenunan songket merupakan tenunan yang paling lengkap dan cantik. Tenunan ini merupakan satu perkembangan daripada proses tenunan biasa. Sementara tenunan ikat pula dipercayai berkembang di istana raja – raja. Penciptaannya lebih rumit terutama dalam proses menyongket solek atau menyolek. Jenis kain tenunan ini dikenali juga dengan panggilan kain benang emas.
SENI BATIK
Batik merupakan seni tekstil yang dihasilkan melalui proses menerapkan lilin dan mencelup kain. Pada permulaannya kain putih yang hendak diproses menjadi kain batik itu direbus dan dikeringkan. Kemudian kain batik itu diterapkan dengan blok tembaga yang dicelupkan ke dalam lilin cair yang dipanaskan. Selepas diterapkan kain itu akan diwarnakan dengan cara celupan yang berperingkat – peringkat. Selanjutnya kain itu direbus dan divasuh sehingga bersih lalu dijemur hingga kering.

SENI TEMBAGA
Seni tembaga merupakan satu lagi kraftangan orang melayu. Seni ini diperkenalkan denagn tujuan untuk mencipta alat-alat daripada tembaga yang canti dan indah bentuknya. Alat-alat yang dicipta dalam proses seni tembaga ini digunakan dalam upacara-upacara adat khususnya diistana raja-raja melayu seperti alat-alat pertabalan raja, upacara perlkahwinan atau upacara diraja yang lain. Alat-alat tembaga ini digunakan sebagi hiasan atau perkakasan kegunaan dirumah seperti dulang, tempat letak sireh, sudu, tempat bara, bekas perenjis air mawar dan sebagainya

SENI BINA
Reka bentuk seni bina melayu lahir daripada bentuk rumah-rumah yang menjadi tempat penginapan orang melayu. Walaupun terdapat berbagai jenis rumah melayu namun struktur binaanya tdiak banyak berbeza . Reka bentuk rumah-rumah melayu juga meperlihatkan wujudnya unsur-unsur seni bina dari daerah-daerah lain dialam melayu atau dari luar alam melayu. Contohnya rumah-rumah orang melayu di negeri Sembilan adalah bercorak seni bina rumah minangkabau

PERMAINAN RAKYAT

Dalam tradisi lisan, permainan ini yang dikenali juga sebagai pemainan masa lapang atau sukan rakyat termasuk dalam kategori "folk games". Permainan ini bukan sahaja berfungsi sebagai alat hiburan tetapi juga berperanan dalam aktiviti sosial untuk menyerikan majlis-majlis keramaian, perkahwinan dan sebagainya.
Permainan masa lapang dan sukan rakyat yang lahir di dalam kebudayaan Melayu, malah dalam kebudayaan semua dikatakan sebagai satu cara untuk pelepasan emosi manusia itu sendiri.
Di samping berfungsi diatas permainan tradisional dalam masyarakat Melayu memainkan beberapa peranan yang lain seperti bertindak sebagai alat komunikasi di kalangan anggota masyarakat.
Permainan masa lapang bagi orang Melayu boleh dibahagikan kepada permainan untuk orang dewasa dan permainan untuk kanak-kanak.
Permainan untuk orang dewasa termasuklah permainan wau, sepak raga, gasing, menyabung ayam, laga buah keras, congkak, berlaga kerbau dan lain-lain.
Permainan untuk kanak-kanak pula termasuklah main telaga buruk, guli-guli, main galah, main kapal terbang, cina buta, ketup atau sembunyi dan lain-lain.
PERMAINAN GASING
Gasing ialah permainan rakyat yang popular dikalangan orang Melayu. Di negeri-negeri Pantai Barat gasing diperbuat daripada kayu, sementara di negeri-negeri Pantai Timur khususnya dinegeri Kelantan gasing diperbuat daripada timah.
Permainan gasing dapat dibahagikan kepada tiga jenis iaitu :
<!--[if !supportLists]-->1. <!--[endif]-->Permainan untuk bersuka ria
<!--[if !supportLists]-->2. <!--[endif]-->Pertandingan gasing
<!--[if !supportLists]-->3. <!--[endif]-->Permainan untuk pertunjukkan.

PERMAINAN LAYANG-LAYANG ATAU WAU
Permainan layang-layang atau wau mempunyai hubungan dengan kepercayaan kepada semangat padi. Permainan wau dipercayai telah dilakukan sebagai satu cara untuk memohon maaf kepada semangat padi yang telag menjelma menjadi seorang anak gadis.
Permainan wau diadakan sebagai hiburan untuk pelabagi peringkat umur. Permainan wau juga diadakan untuk pertandingan. Pertandingan yang melihat bentuk kecantikannya diukur dari segi keindahannya kepada bentuk, corak ciptaan, warna, keaslian ciptaan dan ukranya.

PERMAINAN CONGKAK
Permainan congkak ialah sejenis permianan Melayu tradisional yang digemari oleh kaum wanita dan kanak-kanak. Permainan ini dipercayai mula berkembang di istana iaitu dikalangan wanita-wanita istana dan para pembesar. Mereka memainkan permainan ini untuk menghiburkan hati pada waktu lapang dan juga bagi mengisi masa yang banyak terluang.
Permainan congkak menggunakan dua bahan, iaitu papan congkak dan buah congkak. Kadang-kadang sebagai ganti papan congkak, lubang-lubangnya dibuat diatas tanah. Sementara biji-biji congkak pula ialah guli-guli kaca, buah getah, biji saga, batu-batu kecil dan sebagainya. Setiap papan congka hanya boleh dimainkan oleh dua orang sahaja.
MENYABUNG AYAM
Salah satu permianan bercorak pertandingan yang digemari oleh masyarakat Melayu tradisional ialah permainan menyabung binatang-binatang ternakan seperti lembu, kerbau dan ayam. Permaina sabung ayam misalnya diadakan sempenan sesuatu upacara tertentu yang disambut oelh masyarakat Melayu tradisional seperti ketika menyambut kelihiran bayi, perkahwinan dan pentabakan raja.
Permainan manyabung ayam melibatkan pertaruhan wang atau sejenis perjudian. Tetapi pemilik ayam boleh mendapat bayaran tanpa turut serta dalam pertaruhan menyabung dengan cara menyewakan ayamnya jika ayamnya itu telah terkenal sering beroleh kemenangan.
SEPAK RAGA
Sepaka raga ialah sejenis permaInan yang menggunakan bola yang diperbuat daripada rotan yang dianyam dua hingga tiga lapis. Sepak raga dimainkan oleh beberpapa orang pemain yang berdiri membentuk bulatan. Permainan ini dimulai dengan salah sorang pemian melambugkan bola kepada salah seorang pemain yang lain. Pemain lain kan menimbang bola terbut sebelum diambil oleh orang lain.

Puisi Tradisional

Puisi Tradisional



Puisi Tradisional

Pengenalan

Puisi tradisional ialah karangan berangkap yang mempunyai bentuk tertentu. Puisi tradisional yang dibincangkan ialah syair, seloka, gurindam dan pantun.

Seloka

Seloka merupakan sejenis puisi lama yang ditulis secara berangkap-rangkap. Rima akhirnya tidak tetap. Dalam seloka terdapat nada menyindir atau mengejek dan setiap baris mempunyai makna atau isi.

Gurindam

Gurindam pula sejenis puisi lama yang terdiri daripada dua baris atau kalimat. Baris pertama tersimpul fikiran berupa soalan dan baris kedua berupa jawapannya. Gurindam boleh digolongkan kepada gurindam dua baris, gurindam serangkap empat baris dan gurindam bebas.

Syair

Syair berasal daripada perkataan Arab “syir” yang membawa maksud puisi. Setiap rangkap mempunyai empat baris dan rima akhirnya a-a-a-a.

Pantun

Pantun ialah puisi Melayu hasil pemikiran masyarakat Melayu tanpa dipengaruhi karya asing. Antara bentuk pantun ialah pantun dua kerat, pantun empat kerat, pantun enam kerat dan pantun lapan kerat.

Bagi pantun dua kerat, rimanya a-a-, iaitu baris pertama merupakan pembayang manakala baris kedua merupakan maksud. Bagi pantun empat kerat, rimanya,a-b-a-b, iaitu dua baris di atas merupakan pembayang dan dua baris berikutnya merupakan maksud.

Budaya Dalam Perkahwinan

Budaya Dalam Perkahwinan





Dalam persediaan menyambut perkahwinan, ternyata ia menyerlah kemurnian dan keindahan seni budaya sesuatu bangsa itu sendiri. Kerja-kerja menyiapkan pelamin memerlukan kerjasama yang kadangkala memakan masa sehingga beberapa hari. Sanak saudara yang berkumpul secara tidak langsung akan merapatkan lagi ikatan persaudaraan.Namun apa yang menarik lagi ialah penonjolan artifak dan pelbagai warisan budaya yang menjadi identiti sesuatu masyarakat itu.
Di Nusantara, bahan-bahan yang diciptakan mengandungi unsur-unsur kebudayaan India, Parsi, Arab, Cina dan sebagainya. Dalam unsur kemajmukan masyarakat Melayu ini, ternyata pengaruh Hindu dan Islam dalam persiapan perkahwinan saling mempengaruhi, selain pengaruh barat moden.

Secara tradisional pelaminan dan perkahwinan menggabungkan unsur-unsur material seperti pahar, tepak sireh, senjata, dulang, tempat tidur, perhiasan diri, alatan manik dan sebagainya. Artifak yang menghiasi pelaminan seperti pelbagai jenis tadbir, hiasan, kelambu, bantal, payung, kipas, tikar dan sebagainya memberi pengertian tentang khazanah budaya Melayu.


Pelamin Melayu Riau
Pelamin Melayu Riau mempunyai keunikkan dan keistimewaannya yang tersendiri. Riau sebagai sebuah kerajaaan Melayu sejak yang wujud sejak abad ke-18, mempunyai banyak persamaan dengan adat di negeri-negeri Semenanjung Malaysia seperti Melaka dan Johor. Namun demikian, masyarakat Melayu-Riau masih banyak mengekalkan amalan adat dan aturcara lama sejak zaman-berzaman terutamanya dalam majlis perkahwinan. Antaranya ialah reka bentuk, corak dan peralatan pelaminan yang digunakan pada zaman ini.

Pelaminan Melayu-Riau mempunyai lima bilik atau ruang dan mempunyai nama serta kedudukan yang tertentu iaitu ruang pelaminan (di tengah-tengah), ruang bergurau (di hujung kanan), ruang menunggu (di tepi kanan), ruang tidur lelaki (di hujung kiri) dan ruang makan (di tepi kiri). Panjang setiap ruang ialah di antara 2 hingga 2.5 meter. Kedudukan bilik atau ruang adalah selari dan memerlukan tempat sepanjang 15 meter. Sementara itu, ruang pelaminan dianggarkan 3.5 meter dan ruang-ruang lain adalah sepanjang 3 meter. Ruang pelaminan mempunyai 5 tingkat yang mengambarkan status tertentu. Perlu diketahui bahawa pelaminan seperti ini adalah khusus bagi orang-orang besar dan berkedudukan tinggi sahaja.

Terdapat pelbagai jenis warna kain digunakan bagi menghiasi pelamin seperti tabir dan tempat alas untuk menutupi bahagian lantai bilik-bilk tersebut yang kebiasaanya dari jenis satin Cina atau baldu. Manakala kain baldu bertekat perada emas dan dihiasi manik serta cermin bermotifkan bunga, daun, awan larat dan tumbuh-tumbuhan dijadikan tirai bagi menghiasi pelamin tersebut. Bagi memeriahkan lagi suasana, katang-katang berbentuk binatang seperti ayam dan pino-pino berbentuk bunga atau kerawang yang dihiasi manik-manik berjuntai akan digantungkan. Dihadapan pelamin pula dibentangkan tikar lambak yang diperbuat dari daun pandan hutan. Panca Puri iaitu tempat meletak bunga telur setinggi lima tingkat bersama nasi kunyit juga diletakkan di sisi pelamin sebagai hadiah kepada tetamu. Pelamin Melayu-Riau turut dihias dengan perhiasan-perhiasan lain yang mempunyai nama-nama khusus seperti Tangkup Pelamin / Selambayung (Jatuh Kembar), kelambu jatuh cekak Cina, kelopai (tekap perada emas), kelambu sibak atau kelambu jatuh, pelbagai jenis tabir; contohnya tabir gulung (tabir jatuh), tangkup pelamin, bantal papan besar, bantal akad dan bantal sandar, bantal gembong dan bantal alas kaki, pino-pino, katang-katang, langsir dan sebagainya. Melalui hiasan-hiasan tersebut, pelamin ini kelihatan menarik dan berseri, secara tidak lansung menggambarkan keunikkan budaya masyarakat Melayu-Riau.

Sejarah Pakaian dan Tekstil Melayu
Pada milenia pertama masihi, kerajaan Melayu mempunyai pelbagai hubungan dengan kerajaan-kerajaan di Asia Tenggara, kerajaan China dan negara-negara yang lebih jauh. Dari tahun 700 sehingga 1000 masihi, kerajaan Srivijaya Palembang merupakan kuasa anterpot yang sangat kuat yang memperoleh keuntungan dari perdagangan antarabangsa. Ia mentadbir pertukaran bahan logam yang berharga dan hasil-hasil hutan dengan kain kapas dari India, sutera, teh dan porselin dari China. Hubungan orang Melayu Semenanjung dengan India, China, tamadun-tamadun tanah besar Asia Tenggara dan kaum-kaum di gugusan kepulauan Indonesia memainkan peranan penting dalam perkembangan tradisi tekstil dan pakaian orang Melayu.

Milenia kedua masihi menampakkan pengaruh-pengaruh baru terhadap Semenanjung, terutama sekali pertukaran pusat pemerintahan kerajaan di Pulau Jawa, hubungan diplomatik dengan kerajaan China Islam dan bangsa-bangsa Eropah. Suatu ketika dalam pemerintahan kerajaan Majapahit, Islam mula tersebar ke Sumatera sedikit demi sedikit. Justeru pedagang-pedagang yang paling gigih waktu itu terdiri daripada bangsa Arab dan India Muslim. Islam telah bertapak dengan kuat di entrepot-entrepot di Sumatera.

Pedagang-pedagang Muslim di pantai utama Pulau Jawa mengalakkan pengeluaran gaya-gaya tertentu untuk pengguna yang beragama Islam terutama di Sumatera. Mereka bukan sahaja meluaskan pasaran tekstil juga turut menpengaruhi rupabentuk pada kaligrafi Arab. Pada sudut sejarah, kain sarung merupakan bentuk pakaian orang Melayu. Lelaki dan perempuan tidak terkecuali memakai kain yang ringkas ini, asalnya diperbuat dari kain tenunan tempatan, pelekat India atau bagi majlis istimewa, kain songket dan limas digunakan.

Menjelang kurun ke 20 Masihi, wanita Melayu memakai kemban dari kain sarung. Pada hujung tahun 1900 Masihi, Sultan Johor menyifatkan pakaian ini tidak sesuai mengikut hukum agama Islam jesteru itu baju kurung telah mengambil tempat.

Dalam kebanyakkan masyarakat Asia Tenggara keturunan dan suku kaum dikenali melalui jenis kain motif dan pakaian yang dipakai. Jenis kain tertentu dikhaskan untuk kegunaan majlis adat. Warna-warna tertentu juga turut dikhaskan pada darjat tertentu misalnya kuning bagi raja-raja Melayu.

Kebangkitan Islam sebagai ad-din yang telah dilihat sejak beberapa dekad lalu tentunya membawa perspektif baru terhadap busana Muslim. Hasil produk budaya dan bangsa ternyata memenuhi keperluan masyarakat yg secara tidak langsung meluahkan keprihatinan dan falsafah hidup sesuatu era.

Aksesori
Pakaian tradisional biasanya dilengkapi dengan pelbagai aksesori samada bagi tujuan tertentu mahupun untuk kecantikan diri. Perhiasan-perhiasan ini semuanya adalah hasil seni pertukangan yang halus sebagai sebahagian dari warisan kebudayaan Melayu. Ia melambangkan kepekaan pemikiran, perasaan dan kreativiti yang merangkumi jiwa dan nurani bangsa itu.

Baju Melayu lelaki dan baju kurung wanita yang mempunyai leher bulat dengan belah di bahagian hadapan (baju kurung Teluk Belanga) di semat dengan butang kecil emas berbentuk bulat atau segi empat. Baju kurung cekak musang berkolar tinggi mempunyai dua butang pada bahagian leher dan tiga atau lima butang pada bahagian dada.

Baju kebaya labuh pula dikenakan dengan satu set iaitu tiga keronsang, ibu dan anak keronsang. Yang besar dan berbentuk hampir menyerupai hati ialah ibu dan yang kecil dan bulat ialah anak.

Samping lelaki pula dikemaskan dengan tali pinggang emas atau perak lengkap dengan pending. Keris iaitu senjata Melayu pula disisipkan dalam samping atau bengkong terletak disisi.

Kebanyakkan wanita Melayu berada, merapikan sanggul rambut mereka dengan memakai cucuk sangggul emas atau perak. Kebiasaaanya cuma satu atau dua cucuk sanggul digunakan, tetapi bagi menyambut sesuatu perayaan mereka menggunakan set dalam bilangan tiga,lima dan tujuh. Gelang tangan dan gelang kaki lazimnya dipakai sepasang dan ditempa dari emas keping corak timbul.

Selainnya ialah bekas tembakau hidu dan minyak wangi diperbuat dari wayar emas yang berkerawang serta bekas tembakau (celapa) emas bertatahkan batu permata yang digantung ke pinggang dengan rantai.

Selain dari menghias diri, barang kemas turut dipakai untuk mempamerkan kekayaan pemakainya sesuai dengan keunggulan sesuatu busana itu.
 
 
SEKIAN..
Maklumat dicari oleh: shukor (PRO) - Kelab Askoputra

TARIAN ASLI

Tarian Asli
Merupakan kumpulan tarian yang dicipta berasaskan lagu-lagu asli Melayu. Wujud daripada rentak dan irama lagu Dondang Sayang tetapi Tarian Asli tidak diiringi dengan adegan berbalas pantun seperti dalam Dondang Sayang. Perkembangan seterusnya ialah kemunculan tarian-tarian asli yang dicipta daripada lagu-lagu seperti lagu Makan Sireh, Gunung Banang, Asli Sapu Tangan, Asli Selendang, Bentan Telani, Asli Abadi dan lain-lain lagi. Tarian Asli boleh didapati di seluruh Malaysia terutama Semenanjung Malaysia.
 
Tarian Asyik merupakan sejenis tarian Melayu klasik dari daerah - daerah di Kelantan yang ditarikan di istana raja - raja Kelantan dan Patani.
Asyik bererti kekasih, oleh itu tarian ini bersesuaian dengan gerak - geri bersifat lemah lembut dan penuh dengan ketertiban.
Tarian ini dimulai dengan sepuluh orang penari masuk ke dewan tarian terlebih dahulu , lalu duduk bersimpuh dengan tertibnya. Kemudian tampillah Puteri Asyik dan mereka pun mula menari.Tarian asyik ini ditarikan dalam upacara perkahwinan, iaitu malam berinai dan malam berinai besar di Istana.
Dari segi sejarah (Hikayat Patani), Raja Kuning iaitu Raja Perempuan yang memerintah Patani dalam tahun 1644 ada menyimpan 12 orang penari istana yang menyanyi dan menari dipanggil Asyik.
Tarian Asyik mempunyai rentak perlahan dan gemalai, kerana ia ditarikan dihadapan raja dan permaisuri. Penari asalnya dalam pakaian berkemban, dengan tali pinggang dan mahkota kecil.
Bahagian utama tarian Asyik terdiri dari duduk bersimpuh dengan gerakan membayangkan haiwan dan persekitarannya; alunan ombak laut, burung melayang, ikan berenang, gajah berarak, dan sebagainya. Sesetengah pergerakan menyerupai tarian pementasan Mak Yong. Tarian Asyik biasanya ditarikan oleh inang remaja di istana.
Tiga alat muzik penting yang digunakan ialah rebab, gambang dan gedombak.
 
 
Tarian Balai merupakan sejenis tarian Melayu tradisional yang berasal dari daerah-daerah di negeri Terengganu. Tarian ini ditarikan oleh gadis-gadis kampung dalam bentuk simbolik seperti melakukan pekerjaan sawah.
Penari-penari akan menari mengelilingi balai, iaitu sejenis payung panjang berwarna-warni yang diletakan di bawah gelanggang. Payung ini mungkin merupakan simbol pemujaan semangat padi.


Tarian Barongan merupakan sejenis tarian rakyat yang menggambarkan kisah-kisah di zaman Nabi Sulaiman a.s. dengan binatang-binatang yang boleh bercakap. Kononnya, seekor harimau telah terlihat seekor burung merak yang sedang mengembangkan ekornya. Apabila terpandang harimau, merak pun melompat di atas kepala harimau dan keduanya terus menari.
Tiba-tiba seorang Juru Iring bernama Garong yang mengiringi Puteri Raja yang sedang menunggang kuda lalu di kawasan itu. Melihatkan kedua haiwan itu menari, Pamong lalu turun dari kudanya dan menari bersama-sama binatang tadi. Tarian ini terus diamalkan dan boleh dilihat di daerah Batu Pahat, Johor dan di negeri Selangor. Di antara alat-alat muzik yang digunakan bagi mengiringi tarian Barongan ialah gong, gendang, dan angklung.
Tarian Barongan dipercayai berkembang di Malaysia sekitar 1722, oleh masyarakat Jawa Islam ke Malaysia. Ketika kerajaan Riau-Lingga hancur, para abdi kerajaan hijrah ke Johor Malaysia dan mengembangkan berbagai kebudayaan Melayu berkonsepkan Islam di Malaysia.
Negara Indonesia menganggap Tarian Barongan sebagai menciplak tarian Hindu Reog yang berasal dari Ponorogo kerana keduanya memiliki tarian yang persis sama dan yang utama ialah topeng dadak merak, topeng berkepala harimau yang di atasnya terdapat bulu-bulu merak. Hal ini (ciplakan) dibantah oleh rakyat Ponorogo yang menganggap para penghijrah yang bertapak di Malaysia, yang telah mempratik kesenian budaya mereka sendiri lama sebelum wujudnya Indonesia, sebagai maling.
Bentuk dadak merak turut menyerupai kavadi yang dibawa oleh penganut Hindu semasa perayaan Thaipusam.

Tarian Calok pada satu masa dahulu ditarikan untuk meraikan pengantin ketika upacara bersanding, berinai dan juga ketika upacara mandi sampat yang turut melibatkan pengantin.
Tujuannya ialah untuk membuatkan pengantin tersenyum dan berasa gembira. Pada asalnya kemunculan penari tidak akan diketahuai oleh orang ramai. Penari akan muncul sama ada dari arah dapur atau tingkap pada bila-bila masa. Namun gendang akan dibunyikan. Langkah kaki dalam tarian ini mengikut kiraan satu, dua dan tiga dengan mengikut muzik.

Tarian Canggung merupakan sejenis tarian rakyat Melayu traditional. Perkataan tanggung berasal dari bahasa Thai yang bererti menari. Tarian Canggung berasal dari negeri Perlis dan menjadi popular di negeri Kedah, Perlis dan Pulau Pinang. Tarian ini dicipta oleh seorang ahli tarian dari Kangar selepas Perang Dunia II.

Tarian Ceracap Inai merupakan sejenis tarian rakyat Melayu tradisional yang terkenal terutamanya di Johor. Tarian Ceracap Inai ini dikaitkan dengan sejarah Kesultanan Melayu Melaka, semasa Sultan Mahmud Shah mudik ke hulu Sungai Muar. Tarian Ceracap Inai ini dikatakan berasal dari tarian istana dan ditarikan di hadapan Sultan dan pembesar-pembesar negeri di dalam sesuatu keramaian. Oleh kerana itu, Tarian Ceracap Inai ada unsur-unsur 'menyembah duli' (sembah/ampun), merendahkan diri dan ditarikan pula kebiasaannya di hadapan 'Raja Sehari'/Pengantin.
Tarian Ceracap Inai dipersembahkan dengan hiasan seperti 'Bunga-bungaan Emas' dan bercahayakan api lilin yang memberikan erti membawa kepada sinaran kebahagiaan dan kesejahteraan. Tarian ini asalnya ditarikan oleh bilangan penari yang ganjil atau ditarikan berpasangan oleh penari lelaki dan wanita dan boleh juga ditarikan oleh penari-penari wanita sahaja, Bilangan penari biasanya terdiri dari 5 - 8 orang. Tarian ini amat terkenal di Kampung Baru Lenga, Batu 28, Lenga di Daerah Muar.






TARIAN AYAM DIDIK


TARIAN AYAM DIDIK
 
‘Ayam Didik’ merupakan gelaran kepada ayam yang dipelihara dan dimanja-manjakan. Demikianlah juga unsur tarian ini iaitu tarian yang memperlihatkan kemanjaan-manjaan para penarinya. Tarian ini digandingi dengan lagunya, lagu ‘Ayam Didik’ yang amat memikat hati dan mesra sekali didengar, diiringi muzik asli dengan menggunakan alatan gong,gendang dan biola.

‘Ayam Didik ’ merupakan sebuah tarian yang rancak dan menimbulkan kemesraan kepada para penarinya yang berpasang-pasangan. Ketika menari, puteri dan puteranya saling bergurau senda dan cuba memikat antara satu sama lain.

Seperti tarian Canggung, tarian ini juga sering berbalas-balas pantun. Pantun-pantunnya lebih memberatkan soal kasih sayang dan kemesraan contohnya:
 
Manalah dia didikku tadi,
Padinya tumpah di depan tangga,
Manalah dia adikku tadi,
Adik dok ada di depan mata,


Tarian dan nyanyian ‘Ayam Didik’ sebenarnya sering bersama dalam persembahan Cangung, dipersembahkan ketika musim menuai padi atau di dalam majlis-majlis perkahwinan dan keramaian sebagai hiburan kepada para tamu.
 
___________________________________________________________________________________
 
 
 

Jenis-jenis Tarian Masyarakat di Malaysia~

PENGENALAN
Malaysia merupakan negara berbilang kaum dan masyarakat iaitu terdiri daripada masyarakat melayu,india,cina, iban dan sumazau. Pelbagai adat dan budaya yang dapat dipelajari daripada masyarakat pelbagai kaum ini, terutama dapat dilihat daripada tariannya. Tarian dapat didefinisikan sebagai satu seni tari pergerakkan badan,kaki dan tangan mengikut rentak muzik yang dimainkan. Tarian yang dipersembahkan dari setiap kaum mempunyai asal usul dan tujuan tersendiri.Sebagai contoh tarian mak yong,zapin,gamelan,asyik,kathak,bhrata natyam,singa,kipas,ngajat dan sumazau.
 
bagai contoh tarian mak yong,zapin,gamelan,asyik,kathak,bhrata natyam,singa,kipas,ngajat dan sumazau.