Effact mekap

Effact mekap
Rm150 sekali mekap

mekap effect ganas

mekap effect ganas
BUAH CEMPEDAK DILUAR PAGAR, AMBIL GALAH TOLONG JOLOKKAN, SAYA TERUNA BARU BELAJAR , JIKALAU SALAH GUNA TOLONG TUNJUKKAN...HEHE

Monday 24 September 2012

Tip teknik solekan

Tip teknik solekan


Ini merupakan tip2 untuk bersolek bagi orang2 yang tak berapa pandai nak make-up. Seperkara yang dibagitau oleh sorang mak andam, perkara asas kalau nak mekap ni kena ada jiwa dan minat. Lagi satu mestilah kenal produk dan barangan yang digunakan.

Bagi yang zero knowledge, memang liat nak faham fungsi-fungsi berus, pemilihan warna dan juga bagaimana nak menggunakannya. Oleh itu, antara peralatan asas solekan/make-up yang anda perlu ada tak boleh tidak untuk dikatakan bermekap adalah seperti berikut:

1. Bedak asas/foundation

2. Pembayang mata / eyeshadow

3. Mascara/Pencil liner/Liquid liner

4. Pemerah pipi / blusher

5. Lipstick / gincu


Paling penting untuk mendapatkan hasil solekan yang cantik, wajah anda perlulah cantik. Bukan bermaksud cantik macam artis ke, bidadari ke apa…. maksud cantik disini ialah – bersih dan tiada cacat cela samada jerawat, jeragat, luka dan lain2.


TIP 1 – ALAT SOLEK

LANGKAH 1:
Pastikan muka bersih dari peluh dan minyak. Maknanya setiap kali hendak bersolek muka perlu dicuci terlebih dahulu.



Kenapa perlu bersih? Kerana jika ada sedikit minyak pun, mekap tidak akan bertahan lama. Berikutan masalah ini, ramai wanita sering mengadu mekap yang dikenakan bertompok2 dan kelihatan tidak sekata.

Ada petua mengunakan ais. Kalau anda rajin, lakukanlah sebelum tidur. Itu sebenarnya merupakan teknik urutan muka. Apabila muka kita sihat dansegar, tenyeh apa jenis produk pun pasti akan nampak cantik.

LANGKAH 2:
Bila sudah bersih, pilihlah bedak asas/foundation yang bersesuaian dengan kulit muka. Yang pasti, gunakan warna yang sama seperti di wajah. Ujian warna tidak boleh dilakukan ke atas mana2 bahagian tangan mahupun badan kerana warna yang tidak tepat.

Bedak asas mempunyai pelbagai jenis, di antaranya:
  • Bedak dwi guna/ two way cake
  • Bedak padat/compact
  • Bedak cecair/ liquid
  • Bedak jenis krim/stick




LANGKAH 3:

Dah pilih foundation, apa lagi… sapu la… sapu dengan jari pun boleh, span pun boleh, berus pun boleh…

TIP 2: SAPUAN

Elakkan sapuan ke bawah…melainkan kalau ingin awet tua. Kalau ingin awet muda, buat sapuan ke atas atau ke luar ke arah kanan atau kiri. Sapa2 yang belajar facial, teknik ini turut diamalkan untuk kekal muda.



TIP 3: SAPUAN FOUNDATION SEKITAR MATA
Sapuan dari luar ekor mata ke dalam secara membulat… contohnya.. depangkan tangan dan angkat ketiak… pastikan keadan tapak tangan flat antara seperti melekap di payudara…keadaan tersebut bawa ke bahagian mata… buat secara bulatan dari luar ekor mata sehingga ke pelupuk mata… bahagian celah yang ade bulu mata tu pun letak..jangan tak letak.. mata kita banyak garis2.. so kena cover..

Sapu foundation dengan kemas kalau nak output cantik.. untuk siang elok guna compact atau two way atau liquid. Manakala untuk function, elok guna cream stick atau liquid yang tebal.
TIP 4 – BERSIH MUKA

Bagi anda yang gemar bermekap, wajib rajin cuci muka DENGAN BETUL dan WAJIB pakai mask seminggu sekali sekurang2nya kerana alat solek mengandungi banyak bahan kimia yang boleh memudarkan seri wajah asli kita. Oleh itu, jangan tua sebelum waktunya.