21 Cara
Berkesan
Memotivasikan Diri Anda
Oleh Taidin
SuhaiminMemotivasikan Diri Anda
- Baca buku
motivasi terutamanya biografi orang-orang
yang berjaya. (Ingatlah bahawa orang-orang yang berjaya pernah melalui
suasana kemurungan dan kebuntuan sebelum mereka mencapai kejayaan.)
- Tulis artikel motivasi.
- Dirikan sembahyang / solat khusus untuk mendapat taufik, keampunan dan petunjuk dari Allah S.W.T.
- Berdoa dan memohon kekuatan dan hidayah dari Allah.
- Cipta satu ritual – misalnya “Jika orang lain boleh, saya pun pasti boleh.”
- Dengar lagu-lagu yang dapat memberi semangat dan inspirasi kepada anda.
- Bermain musik kegemaran anda sekiranya anda pandai bermain alat musik - mana tahu dapat pula mencipta suatu musik atau lagu yang hebat!
- Tatap
gambar-gambar yang
dapat
memberi inspirasi dan semangat baru kepada anda.
- Meditasi.
- Pergi
tidur sehingga anda benar-benar sihat dan mendapat semula tenaga anda.
Kurang tidur boleh menyebabkan kelesuan dan kebosanan.
- Bersenam atau melakukan aktiviti-akitiviti fizikal sekurang-kurangnya 3 kali seminggu supaya badan dan minda sentiasa sihat cergas dan cerdas.
- Bertekad untuk menyiapkan semua kerja anda yang tertunggak / menyelesaikan masalah yang anda hadapi dengan penuh kesungguhan sehingga selesai!
- Buat atau kaji semula perancangan kerja atau hidup anda.
- Susunatur pejabat / rumah / fail, kemas rumah dsb.
- Jumpa kaunselor untuk mendapat khidmat nasihat.
- Jumpa kawan-kawan yang positif untuk mendapat pandangan atau nasihat.
- Keluar makan
dengan
keluarga
atau dengan kawan-kawan rapat.
- Pergi beriadah - bersiar-siar bersama ahli keluarga - satu tempat yang baik untuk melakukan ini ialah bersiar-siar di Mall yang besar dengan berjalan agak laju sedikit - exercise, elakkan daripada terlalu meneliti barangan-barangan yang dijual - takut nanti tambah penat otak.
- Ikuti seminar motivasi.
- Adakan kenduri doa selamat.
- Pergi
melancong di dalam atau ke
luar negara.
______________
Pengertian, Kepentingan & Keajaiban Keyakinan Diri
Oleh Taidin Suhaimin
Pengertian Keyakinan & Keyakinan Diri
Keyakinan ialah kepercayaan yang tidak berbelah bagi. Keyakinan diri pula ialah kepercayaan bahawa dirinya boleh mengendalikan kehidupannya dengan baik serta segala cabaran yang dihadapi dengan jayanya.
Kepentingan
Membina Keyakinan
Diri
Kebolehan
anda mengatasi segala halangan dalam hidup untuk mencapai kejayaan,
banyak
dipengaruhi oleh keyakinan diri anda. Ini bermakna lebih yakin anda
terhadap
diri anda serta masa hadapan anda, lebih terbukalah kejayaan untuk
anda.
Jenis-Jenis
Keyakinan
Pada hemat
saya, terdapat 4 jenis keyakinan utama yang perlu kita miliki:
- Keyakinan diri terhadap Tuhan dan keesaanNya
- Keyakinan terhadap diri sendiri
- Keyakinan diri sendiri terhadap orang lain
- Keyakinan orang lain terhadap diri sendiri
Punca-Punca
Utama Ketidakyakinan
Diri
- Tidak mempunyai matlamat yang jelas dalam hidup atau hala tuju yang tidak menentu / tidak jelas
- Tidak mempunyai prinsip hidup yang mantap
- Kurang pengetahuan, pengalaman dan pendedahan
- Kurang kemahiran dan persediaan
- Suka bergaul dengan orang-orang yang berfikiran negatif atau dilahirkan di kalangan orang-orang yang pesimis
- Kemiskinan akibat kurangnya idea serta Sains Kejayaan Hidup
- Berpenyakit kronik atau badan kerap kurang sihat / cergas
Petanda-Petanda
Orang yang
Kurang Keyakinan Diri
Kurang senyum Risau dan kelihatan risau Gugup dan kelihatan gugup Kurang berinteraksi Malas bekerja atau berusaha Cincai dan kelihatan selekeh Suka meminta-minta Mudah putus asa Suka gossip dan mengumpat Defensif dan cepat marah Mudah atau suka berbohong
Keajaiban
Keyakinan Diri
Kejayaan
datang kepada mereka yang dapat mengendalikan kehidupan dengan yakin
dan
cemerlang.
Kisah Keyakinan Diri Joan of Arc amat menarik perhatian saya. Joan of Arc pada umur 17 tahun, seorang pengembala kambing biri-biri yang miskin di Perancis, amat percaya yang ia telah mendapat ilham dari Tuhan bahawa beliau harus mengetuai bala tentera Perancis untuk menentang tentera-tentera Inggeris yang amat sukar dikalahkan. Tentera-tentera Perancis telah kehabisan idea tentang bagaimanakah lagi cara menepis serangan-serangan serta mengalahkan tentera-tentera Inggeris. Kerana terlalu kekalutan, mereka telah merayu kepada sesiapa sahaja di kalangan rakyat Perancis untuk tampil ke hadapan memberi idea tentang bagaimanakah lagi cara menentang tentera-tentera Inggeris.
Joan of Arc seorang gadis yang masih amat muda itu telah tampil ke hadapan dengan keyakinan yang begitu tinggi, berapi-api - amat yakin sekali - seyakin-yakinnya! bahawa ia telah mendapat ilham dari Tuhan yang dia sahajalah yang akan dapat memimpin bala tentera Perancis bagi mengalahkan tentera-tentera Inggeris. Keyakinannya yang sungguh kental dan mengkagumkan itu telah memberi harapan baru kepada pucuk pimpinan tentera Perancis. Beliau telah diberi tugas berat; mengepalai tentera Perancis yang sedang menghadapi kebuntuan dan kemelut itu!
Kisah Keyakinan Diri Joan of Arc amat menarik perhatian saya. Joan of Arc pada umur 17 tahun, seorang pengembala kambing biri-biri yang miskin di Perancis, amat percaya yang ia telah mendapat ilham dari Tuhan bahawa beliau harus mengetuai bala tentera Perancis untuk menentang tentera-tentera Inggeris yang amat sukar dikalahkan. Tentera-tentera Perancis telah kehabisan idea tentang bagaimanakah lagi cara menepis serangan-serangan serta mengalahkan tentera-tentera Inggeris. Kerana terlalu kekalutan, mereka telah merayu kepada sesiapa sahaja di kalangan rakyat Perancis untuk tampil ke hadapan memberi idea tentang bagaimanakah lagi cara menentang tentera-tentera Inggeris.
Joan of Arc seorang gadis yang masih amat muda itu telah tampil ke hadapan dengan keyakinan yang begitu tinggi, berapi-api - amat yakin sekali - seyakin-yakinnya! bahawa ia telah mendapat ilham dari Tuhan yang dia sahajalah yang akan dapat memimpin bala tentera Perancis bagi mengalahkan tentera-tentera Inggeris. Keyakinannya yang sungguh kental dan mengkagumkan itu telah memberi harapan baru kepada pucuk pimpinan tentera Perancis. Beliau telah diberi tugas berat; mengepalai tentera Perancis yang sedang menghadapi kebuntuan dan kemelut itu!
Keyakinan
si gadis lidi yang tidak dapat dipertikaikan lagi itu telah
menyemarakkan
semangat seluruh tentera dan rakyat Perancis. Dengan keyakinan dan
pimpinan Joan
of Arc, mereka telah mendapat
semangat dan tenaga baru untuk
menyerang
balas dan menggempur tentera-tentera Inggeris dengan strategi
peperangan
yang berbisa serta keyakinan dan semangat juang yang tidak terperi
tingginya!
Ini telah amat MENGEJUTKAN tentera-tentera Inggeris sehingga hilang
arah,
kekuatan dan semangat walaupun jumlah mereka lebih ramai daripada
tentera-tentera
Perancis - kelamkabut serta
bertempiaran tentera-tentera Inggeris! Lantas,
Perancis meraih kemenangan besar!
Inilah bukti KEAJAIBAN keyakinan diri!
TAIDIN
SUHAIMIN
adalah penceramah
profesional antarabangsa dari Sabah, Malaysia dalam bidang pembangunan
diri, pengurusan dan komunikasi. Semenjak tahun 1993, ribuan peserta
dari
pelbagai lapisan dari lebih 200 buah organisasi di Asia Tenggara dan
Timur
Tengah telah mengikuti program-program latihan beliau.
http://www.taidinsuhaimin.com
http://www.taidinsuhaimin.com
_____________________________________________________
Untuk
Berjaya,
Anda
MESTI
Buat 2 Perkara!
Oleh
Taidin
Suhaimin
Matlamat
jitu
merupakan asas dan kompas menjana kejayaan. Ianya merupakan tunjang
pendorong,
agar kita tidak mengenal erti putus asa, kecewa dan malas berusaha.
Kejayaan
dan kesenangan hidup hanya dapat dicapai melalui keberanian dan usaha
gigih.
Itulah di antara pegangan Paul Getty, seorang bilionaire minyak
Amerika
Syarikat.
Menurutnya, untuk mencapai kejayaan, kita perlu membuat dua perkara:
Pertama: TETAPKAN SATU MATLAMAT BESAR
Kedua: MENCAPAINYA DENGAN PENUH KEBERANIAN!
Sebelum mencapai
kejayaan, beliau terpaksa menghadapi pelbagai dugaan yang amat
mencabar.
Namun, wawasannya yang besar serta semangat beraninya yang begitu
tinggi
menjadi asas pemacu utama kejayaan Paul Getty. Beliau tidak mengenal
erti
putus asa. Pelbagai kata-kata negatif dilemparkan kepadanya supaya
memberhentikan
sahaja usahanya yang banyak mengalami kegagalan. Namun, semangat
wajanya
tetap utuh.
Mencari telaga
minyak bukanlah suatu perkara yang mudah. Lebih-lebih lagi ianya
melibatkan
usaha pencarian dan penggalian yang memerlukan teknologi yang tinggi
dan
semangat jitu. Pada masa itu, teknologi pencarian dan penggalian minyak
masih agak primitif. Namun, semangat menyala-nyala beliau yang sukar
dipadamkan,
serta keberanian, usaha gigih dan keyakinannya yang begitu tinggi
akhirnya
membawa kejayaan besar kepada Paul Getty dalam bidang perniagaan.
Beliau juga
telah meluaskan operasi perniagaannya dengan menjadi pengimport minyak
dari negara-negara Timur Tengah. Pengluasan perniagaannya dari segi
geografi
juga adalah selaras dengan wawasan besar dan semangat berani beliau.
Daripada cebisan
kisah hidup Paul Getty ini dapatlah kita simpulkan bahawa:
- Kejayaan tidak akan tercapai jika kita hanya mengharapkan nasib.
- Untuk mencapai kejayaan, matlamat kita mestilah jelas; berani mencapainya dengan usaha yang tidak mengenal erti penat lelah dan putus asa.
________SHUK__________________________
" Apa erti hidup tanpa perjuangan "
Apa erti perjuangan kalau mengharapkan balasan
Apa erti perjuangan kalau tidak ada pengorbanan
Apa erti perjuangan kalau merungut merintih di tengah jalan
Apa erti perjuangan kalau ada kepentingan
Apa erti perjuangan kalau tadak ada keredhaan
Apa erti perjuangan kalau tadak ada kebenaran...
Perjuangan menuntut keberanian
Berani menghadapi apa saja
Berani menghadapi kesakitan
Berani menghadapi kematian
Berani melafazkan Taubat Nasuha
Di atas kesilapan & kesalahan yang ada
Kepada Dia yang berkuasa
Maha Pengasih...Maha Penyayang...
Dialah yang sentiasa menunjukkan jalan yang lurus
Dia adalah RABBI...Yang Maha Ikhlas
Sentiasa menerima taubat dari hamba yang mahu sujud
Dengan semata KERANA ALLAH...
Itulah landasan perjuangan
Yang datang dari niat yang suci
Dan hati yang sentiasa berani
Berani melaksanakan apa saja KERANA ALLAH...
Hanya amalan yang ikhlas
Sahaja yang dapat diterima....
Pemimpin yg ikhlas sahaja
Yang dapat memimpin pengikutnya,
Menuju perjuangan yang menjadi kekuatan
Kepada Agamanya..Bangsanya...& Negaranya,
Untuk disemadikan sebagai amalan yang soleh......
" INNASOLATI WANUSUKI WAMAHYAYA WAMAMATI LILLAHI RABBIL'ALAMIN "
Erti sebenar benar perjuangan adalah Ikhlas
Yang mendaulat apa saja di dalam PERJUANGAN......
Nukilan:
khalifah313
Copy n Paste : shuk