Effact mekap

Effact mekap
Rm150 sekali mekap

mekap effect ganas

mekap effect ganas
BUAH CEMPEDAK DILUAR PAGAR, AMBIL GALAH TOLONG JOLOKKAN, SAYA TERUNA BARU BELAJAR , JIKALAU SALAH GUNA TOLONG TUNJUKKAN...HEHE

Wednesday 7 December 2011

PENGENALAN ASKOPUTRA

ASkoPuTra

PENGENALAN


Kelab Anak Seni Komuniti Putrajaya { ASKOPUTRA } telah ditubuhkan pada 21 Mei 2007 melalui sebuah mesyuarat penubuhan bermula apabila Bahagian Perkhidmatan Komuniti, Jabatan Perkhidmatan Bandar, Perbadanan Putrajaya telah menganjurkan Bengkel Seni Tari Asas Tahap 1 pada Januari 2007.

 Kelab Anak Seni Komuniti Putrajaya telah di angkat sebagai nama Rasmi pertubuhan dengan singkatan Kelab ASKOPUTRA yang bertujuan memartabatkan, menyelaras, mempertahankan dan memperjuangkan kesenian tradisional di Putrajaya. Kelab ini telah didaftarkan secara rasminya di bawah Akta Pertubuhan 1966 pada 31 Oktober 2011.

Kelab ini bergerak maju dengan mengadakan kelas kesenian setiap malam hari isnin dan selasa dengan membuka keahlian kepada pelbagai golongan komuniti di Putrajaya ini. Kelab ini juga telah diundang untuk membuat persembahan di majlis-majlis anjuran pelbagai Entiti pentadbiran antaranya Perbadanan Putrajaya disamping Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, badan-badan swasta dan korporat serta orang perseorangan bagi majlis keraian perkahwinan ataupun pelbagai acara sambutan.


........................


OBJEKTIF

  • Mengalakkan penglibatan langsung Komuniti dalam aktiviti-aktiviti seni dan budaya serta menjalin jaringan kerjasama di antara Kelab ASKOPUTRA dan komuniti di Putrajaya melalui Program Merakyatkan Seni.
  • Memberi ruang dan peluang kepada Komuniti di Putrajaya mengetengahkan bakat dan kreativiti masing-masing.
  • Menyemarakkan ikatan silaturahim dan mengalakkan kerjasama yang baik dikalangan Komuniti melalui perancangan, idea, latihan dan budaya bermasyarakat disamping menggalakkan budaya meningkatkan pengetahuan terhadap seni budaya bangsa.
  • Memelihara, meningkatkan kefahaman dan menyemarakan dalam usaha memperkasakan seni dan budaya warisan bangsa.

SKOP

          Garispanduan ini terpakai kepada semua ahli Kelab ASKOPUTRA yang telah berdaftar termasuk AJK pelaksana Kelab serta jurulatih bagi memastikan semua ahli mematuhi semua terma dan syarat sebagai ahli ASKOPUTRA.






















No comments: