Merupakan
kumpulan tarian yang dicipta berasaskan lagu-lagu asli Melayu. Wujud daripada
rentak dan irama lagu Dondang Sayang tetapi Tarian Asli tidak diiringi dengan
adegan berbalas pantun seperti dalam Dondang Sayang. Perkembangan seterusnya
ialah kemunculan tarian-tarian asli yang dicipta daripada lagu-lagu seperti lagu
Makan Sireh, Gunung Banang, Asli Sapu Tangan, Asli Selendang, Bentan Telani,
Asli Abadi dan lain-lain lagi. Tarian Asli boleh didapati di seluruh Malaysia
terutama Semenanjung Malaysia.
Tarian
Asyik merupakan sejenis tarian
Melayu klasik dari daerah - daerah di Kelantan yang
ditarikan di istana raja - raja Kelantan dan Patani.
Asyik
bererti kekasih, oleh itu tarian ini bersesuaian dengan gerak - geri bersifat
lemah lembut dan penuh dengan ketertiban.
Tarian
ini dimulai dengan sepuluh orang penari masuk ke dewan tarian terlebih dahulu ,
lalu duduk bersimpuh dengan tertibnya. Kemudian tampillah Puteri Asyik dan
mereka pun mula menari.Tarian asyik ini ditarikan dalam upacara perkahwinan,
iaitu malam berinai dan malam berinai besar di Istana.
Dari
segi sejarah (Hikayat Patani), Raja Kuning iaitu Raja Perempuan yang memerintah
Patani dalam tahun 1644 ada menyimpan 12 orang penari istana yang menyanyi dan
menari dipanggil Asyik.
Tarian
Asyik mempunyai rentak perlahan dan gemalai, kerana ia ditarikan dihadapan raja
dan permaisuri. Penari asalnya dalam pakaian berkemban, dengan tali pinggang dan
mahkota kecil.
Bahagian
utama tarian Asyik terdiri dari duduk bersimpuh dengan gerakan membayangkan
haiwan dan persekitarannya; alunan ombak laut, burung melayang, ikan berenang,
gajah berarak, dan sebagainya. Sesetengah pergerakan menyerupai tarian
pementasan Mak Yong. Tarian Asyik biasanya ditarikan oleh inang remaja di
istana.
Tarian Balai
merupakan sejenis tarian
Melayu tradisional yang berasal dari daerah-daerah di negeri Terengganu.
Tarian ini ditarikan oleh gadis-gadis kampung dalam bentuk simbolik seperti
melakukan pekerjaan sawah.
Penari-penari akan menari
mengelilingi balai, iaitu sejenis payung panjang berwarna-warni yang diletakan
di bawah gelanggang. Payung ini mungkin
merupakan simbol pemujaan semangat padi.
Tarian Barongan
merupakan sejenis tarian
rakyat yang menggambarkan kisah-kisah di zaman Nabi Sulaiman a.s.
dengan binatang-binatang yang boleh bercakap. Kononnya, seekor harimau telah
terlihat seekor burung merak yang sedang mengembangkan ekornya. Apabila
terpandang harimau, merak pun melompat di atas kepala harimau dan keduanya terus
menari.
Tiba-tiba seorang Juru Iring
bernama Garong yang mengiringi Puteri Raja yang sedang menunggang kuda lalu di
kawasan itu. Melihatkan kedua haiwan itu menari, Pamong lalu turun dari kudanya
dan menari bersama-sama binatang tadi. Tarian ini terus diamalkan dan boleh
dilihat di daerah Batu
Pahat, Johor dan di negeri
Selangor. Di antara alat-alat muzik yang digunakan bagi mengiringi tarian
Barongan ialah gong, gendang, dan angklung.
Tarian Barongan dipercayai
berkembang di Malaysia sekitar 1722, oleh masyarakat Jawa Islam ke Malaysia.
Ketika kerajaan Riau-Lingga hancur, para abdi kerajaan hijrah ke Johor Malaysia
dan mengembangkan berbagai kebudayaan Melayu berkonsepkan Islam di Malaysia.
Negara Indonesia menganggap
Tarian Barongan sebagai menciplak tarian Hindu Reog yang berasal dari
Ponorogo
kerana keduanya memiliki tarian yang persis sama dan yang utama ialah topeng dadak
merak, topeng berkepala harimau yang di atasnya terdapat bulu-bulu merak.
Hal ini (ciplakan) dibantah oleh rakyat Ponorogo yang menganggap para penghijrah
yang bertapak di Malaysia, yang telah mempratik kesenian budaya mereka sendiri
lama sebelum wujudnya Indonesia, sebagai maling.
Bentuk dadak merak turut
menyerupai kavadi yang dibawa oleh penganut Hindu semasa perayaan Thaipusam.
Tarian Calok pada satu masa dahulu ditarikan untuk meraikan pengantin ketika upacara bersanding, berinai dan juga ketika upacara mandi sampat yang turut melibatkan pengantin.
Tujuannya ialah untuk
membuatkan pengantin tersenyum dan berasa gembira. Pada asalnya kemunculan
penari tidak akan diketahuai oleh orang ramai. Penari akan muncul sama ada dari
arah dapur atau tingkap pada bila-bila masa. Namun gendang akan dibunyikan.
Langkah kaki dalam tarian ini mengikut kiraan satu, dua dan tiga dengan mengikut
muzik.
Tarian Canggung
merupakan sejenis tarian
rakyat Melayu traditional.
Perkataan tanggung berasal dari bahasa Thai yang bererti menari. Tarian
Canggung berasal dari negeri Perlis dan menjadi popular di negeri Kedah, Perlis dan Pulau
Pinang. Tarian ini dicipta oleh seorang ahli tarian dari Kangar selepas Perang Dunia II.
Tarian Ceracap Inai
merupakan sejenis tarian
rakyat Melayu tradisional yang
terkenal terutamanya di Johor. Tarian Ceracap Inai ini
dikaitkan dengan sejarah Kesultanan Melayu
Melaka, semasa Sultan Mahmud Shah
mudik ke hulu Sungai
Muar. Tarian Ceracap Inai ini dikatakan berasal dari tarian istana dan
ditarikan di hadapan Sultan dan pembesar-pembesar negeri di dalam sesuatu
keramaian. Oleh kerana itu, Tarian Ceracap Inai ada unsur-unsur 'menyembah duli'
(sembah/ampun), merendahkan diri dan ditarikan pula kebiasaannya di hadapan
'Raja Sehari'/Pengantin.
Tarian Ceracap Inai
dipersembahkan dengan hiasan seperti 'Bunga-bungaan Emas' dan bercahayakan api
lilin yang memberikan erti membawa kepada sinaran kebahagiaan dan kesejahteraan.
Tarian ini asalnya ditarikan oleh bilangan penari yang ganjil atau ditarikan
berpasangan oleh penari lelaki dan wanita dan boleh juga ditarikan oleh
penari-penari wanita sahaja, Bilangan penari biasanya terdiri dari 5 - 8 orang.
Tarian ini amat terkenal di Kampung Baru Lenga, Batu 28, Lenga di Daerah
Muar.