Malaysia merupakan negara berbilang kaum dan
masyarakat iaitu terdiri daripada masyarakat melayu,india,cina, iban dan
sumazau. Pelbagai adat dan budaya yang dapat dipelajari daripada masyarakat
pelbagai kaum ini, terutama dapat dilihat daripada tariannya. Tarian dapat
didefinisikan sebagai satu seni tari pergerakkan badan,kaki dan tangan mengikut
rentak muzik yang dimainkan. Tarian yang dipersembahkan dari setiap kaum
mempunyai asal usul dan tujuan tersendiri.Sebagai contoh tarian mak
yong,zapin,gamelan,asyik,kathak,bhrata natyam,singa,kipas,ngajat dan
sumazau.
bagai contoh tarian mak
yong,zapin,gamelan,asyik,kathak,bhrata natyam,singa,kipas,ngajat dan
sumazau.
1.TARIAN MAK YONG
Tarian mak yong merupakan sejenis tarian Melayu tradisional. Drama tari Mak Yong ini merupakan sebagai suatu bentuk drama-tari Melayu yang menggabungkan unsur-unsur ritual, lakonan dan tarian yang digayakan, muzik vokal, lagu, cerita dan teks percakapan yang formal dan bersahaja. Dicipta untuk hiburan kerabat di Raja khususnya dari golongan Selatan Thailand, tarian ini juga menggabungkan drama romantis, tarian dan nyayian dengan gaya menawan yang mengisahkan zaman kegemilangan kesultanan melayu. Sesuai dipersembahkan selepas orang-orang kampung selesai menuai padi dibendang.

TARIAN ZAPIN
2.TARIAN ZAPIN
Tarian zapin merupakan tarian yang terkenal di
negeri Johor. perkataan zapin berasal daripada Al-zaffan iaitu gerak kaki.
Mengikut sejarah tarian ini pada mulanya adalah sebagai tarian hiburan di istana
yang dibawa dari Hadramaut,Yaman Selatan oleh pedagang Arab pada abad ke-13 yang
bertujuan digunakan amalan berzikir untuk menyebarkan pengetahuan mengenai
sejarah tamadun islam.Kini,tarian zapin masih lagi dipersembahkan dalam majlis
formal dan tidak formal. Sebagai contoh majlis perkahwinan,majlis perasmian dan
sebagainya.
TARIAN GAMELAN
3.TARIAN GAMELAN
Tarian Gamelan mula dipersembahkan di Istana di Empayar Riau dan Lingga pada kurun ke-17. Ia mula dipersembahkan buat pertama kali di khalayak ramai di Pekan Pahang dalam tahun 1811 dalam upacara persandingan Tengku Hussain
Menurut Tengku Mariam, pada asalnya tarian ini terdiri daripada 77 jenis Gamelan tetapi pada hari ini hanya tinggal 33 jenis Gamelan sahaja kesan daripada ketiadaan tenaga pengajar jenis tarian itu. Tarian ini dipersembahkan secara eksklusif oleh penari wanita boleh dipentaskan secara dalaman ataupun persembahan terbuka. Unsur Jawa boleh dilihat dari segi seni tari tersebut. Secara estetikanya, tarian ini adalah sangat cantik dan merupakan bentuk tarian yang paling kaya dari segi jenisnya dalam kebanyakan adat tarian Melayu.

TARIAN SUMAZAU
Tarian sumazau adalah tarian kaum kadazan yang
lazimnya dipersembahkan sewaktu acara-acara keagamaan dan kemasyarakatan. Ia
dipersembahkan sebagai tanda kesyukuran atas hasil tuaian padi yang banyak,
untuk menghindar roh jahat, dan untuk mengubati penyakit. Penari lelaki dan
perempuan mempersembahkan tarian yang mengasyikkan ini dengan gerak-geri yang
perlahan serta pergerakan yang menggambarkan burung yang sedang terbang.
1. Tarian naga
Tarian naga ialah sebentuk tarian dan
persembahan tradisional dalam budaya Cina.Sepertilah tarian singa,tarian naga
sering dipersembahkan pada musim perayaan.Orang Cina selalu menyebut "Keturunan
Naga" sebagai lambang identiti etnik.
Pada fikiran orang cina,naga adalah sejenis hidupan yang menguntungkan.Naga mewakili kekuatan yang tiada bandingan yang boleh menghilangkan nasib buruk dan mencegah jenayah. Oleh sebab itu,sejak zaman nenek moyang semasa mereka merayakan Tahun Baru Cina, atau memimpin prosesi untuk menyambut seorang dewa,bahkan ketika ada bencana alam atau bencana peribadi berlaku, mereka akan mengadakan tarian naga untuk berdoa supaya mendapat berkat dari syurga.

2. Tarian kipas
Tarian kipas merupakan satu jenis tarian yang
memerlukan 9 orang ahli, di mana 7 wanita dan 2 lelaki. Jenis tarian ini
menunjukkan bahawa kipas cina mempunyai erti yang sebati dalam masyarakat cina
di mana dewa-dewi pada masa lalu sentiasa menjadikan kipas sebagai alat
keperluan. Tambahan lagi, angin merupakan satu tradisi masyarakat cina yang mana
masyarakat cina mempercayai "Fung Shui" iaitu suatu kepercayaan masyarakat cina
umumnya tentang suatu pentanda yang baik dan buruk terhadap sesuatu kehidupan di
tempat mereka. Oleh itu, jenis tarian ini dimainkan supaya tarian ini boleh
membawa kebaikan atau "Fung Shui" yang baik kepada seluruh anggota
masyarakat.
1.TARIAN KATHAK
Tarian Kathak merupakan salah satu tarian
klasikal India yang berasal dari utara India.
Perkataan Kathak berasal dari perkataan india iaitu katha yang bermaksud "seni bercerita" .
Dari sifat asalnya yang merupakan ekspresi menghambakan diri kepada dewa-dewa Hindu. Kathak telah berkembang ke istana-istana pemerintah.
Pada kurun ke-11 dan 12, diwaktu pemerintahan era mogul di India persembahan tarian Kathak telah berpindah dari kuil ke istana-istana Mogul. Seni tarian Kathak ketika itu juga telah dicampuri tarian budaya Turki dan Parsi. Ketika era inilah teknik chakkar (pusing) diperkenalkan dipercayai dari Tarian Sufi dari Turki.

Tarian klasik india ini bagaikan sebuah puisi
dalam gerak tari.Tarian yang dramatik dan bersemangat ini berdasarkan kisah epik
India purba, dan memaparkan lebih dari 100 gerak tarian dan gaya
badan.Memandangkan tarian ini memakan masa yang lama untuk dikuasai, terdapat
sesetengah penari kanak-kanak yang mula berlatih pada umur semuda lima
tahun.
Tarian Ngajat bagi orang-orang Iban ialah tarian
semasa menyambut Hari Gawai. Penari memakai tarian tradisi seperti sirat,
gagung, atau baju burung serta topi yang dihias dengan bulu burung. Gagung
merupakan sejenis baju yang tebal dan keras yang diperbuat daripada kulit haiwan
seperti kulit beruang tetapi tidak dijahit kiri dan kanannya. Tarian ini
ditarikan dengan berdiri diatas bulatan langsaran ke atas dan ke bawah,penari
akan melompat bersama iringan lagu dimana setiap rentak yang dimainkan adalah
bersesuaian dengan upacaranya. Satu lagi tarian ini ialah penari akan memegang
perisai kayu ditangan kiri dan pedang di tangan kanan lalu menari seperti
berdepan dengan musuh dengan menghayunkan tangannya ke kiri dan ke kanan.
Alat-alat yang digunakan dalam tarian ini adalah seperti gong besar dan kecil,
gendang, tawak, bebendai, engkurumong dan Sapeh, iaitu alat bertali seperti
gitar.
Terdapat banyak lagi jenis-jenis tarian
masyarakat di malaysia. Semua jenis tarian mempunyai sejarah dan tujuan yang
tersendiri. Sebagai rakyat malaysia kita hendaklah mengenali budaya setiap
masyarakat yang ada di negara kita. sebagai contoh mengetahui serba sedikit
mengenai budaya tarian dan juga budaya-budaya lain masyarakat di malaysia. Oleh
itu, secara tidak langsung kita dapat menyokong saranan perdana menteri tentang
satu malaysia.
Posted by shukor (PRO) Kelab AsKoputra
017-6962469